This is Aisyah Samad Zone

This is Aisyah Samad Zone

Jan 28, 2012

Kahwin Muda .


Nampaknya ada buruk dan baik . Suma org ada pndapat masing2 pasal ni . Dan aku paling tertarik pada pendapat oki setiana dewi pelakon filem ketika cinta bertasbih . Beliau nampaknya terbuka dan berpendapat bahawa kahwin muda itu baik utk beberapa situasi yang aku rasa xperlu dijelaskan di sini memandangkan suma org pon tahu itu .
Kahwin sewaktu masih belajar .
Dulu aku pernah terbaca satu kisah mengenai seorang gadis yang berkahwin sewaktu belajar . Dan hari ini aku terbaca lagi bila Fazeerul yang post artikel itu ke wall nya . . . Gadis yang faham agama dan bertemu org yang betul . Itu sahaja kesimpulan yg dapat aku buat berdasarkan artikel itu .
Ada seorg kawan yg agak rapat , kahwin muda dan masih belajar . Kahwin tanpa pengetahuan ibu bapa masing2 tahun lepas. Yang tahu mengenai pernikahan mereka Cuma tok kadi , saksi , wali, aku selaku rakannya dan seorang rakan suaminya . Aku terkejut bila dikisahkan tentang pernikahan itu oleh mereka sendiri. Sungguh aku tak percaya . Mulanya aku agak tak bersetuju kerana tanpa restu keluarga . Bila diterangkan tujuan asal pernikahan itu , aku jadi lega . Mereka bercinta tak berapa lama . tak sampai satu tahun . Tapi hari2 keluar , berjumpa , ke mana2 bersama , jadi utk mengelakkan terjadi sesuatu dan menghindar daripada fitnah , nikah adalah jalan yang sgt2 baik . Aku ada bertanya pada seseorg yg pakar . Sah ke pernikahan di Thailand? Bukan di pondok2 . Tapi di pusat . Dan lagi mereka menggunakan wali hakim tanpa izin wali nasab . Katanya asal cukup syarat nikah iaitu
1)suami
2) isteri
3) saksi
4) wali
5) akad
maka nikah dikira sah . . .tp yg aku terbaca pada satu artikel soal jawab dengan ustaz ,

“Kewujudan wali adalah penting bagi mengesahkan sesuatu perkahwinan. Wali (di dalam Mazhab Shafi`i) merupakan salah satu rukun perkahwinan. Tanpa wali atau keizinannya kepada wakilnya, sesuatu perkahwinan itu di hukum tidak sah. Hukum ini adalah merujuk kepada sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Siapa sahaja perempuan yang berkahwin tanpa izin walinya, maka perkahwinannya itu batal (tidak sah), jika dia disetubuhi (oleh lelaki yang mengahwininya itu) maka dia berhak mendapat maskahwin kerana dia (iaitu lelaki itu) telah menghalalkan kemaluannya dan jika mereka (iaitu para wali) berbalah, maka sultanlah yang menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali (riwayat al-Darimi, al-Hakim, al-Baihaqi dan Abu Daud al-Tayalisi).”


Wallahualam….
Pendapat aku sendiri . . hmm , nak buat apa pun kena ikot akal yg logik kan. . nak kwen , kawen la..bila kau dah terlalu lama bercinta , susah nk elak dari maksiat dan yakin pilihan kau tu tepat dan kau juga dah layak jadi bini orang , boleh jaga makan pakai suami , ada sumber kewangan yg stabil , silakan kahwin . . . Kalau cinta saja , kahwin , setakat nk bg laki ko makan nasik bungkus , menyusahkan blk laki ko , buat apa kahwin . jangan nampak yang senang ja . Persiapkan diri dulu . dan minta restu keluarga.Itu satu . . ada juga yang masih tercari2 istiqamah . . bagi aku istiqamah itu paling senang dapat bila kita dah berkahwin . gadis yang biasa2 sahaja.konsisten pun masih tercari2 . . lepas kahwin , insya Allah konsisten tu akan dtg bila kita dah ada tanggungjawab .
Bagi aku sendiri . . aku masih belajar . . belajar untuk jadi muslimah yang baik . .namun begitu , (chewah2 namun begitu lak…) . .aku tetap berada di musim dilema .Dulu aku tak ada sapa2 . jadi aku xperlu risau hal2 kahwin ni.tp bila dah ada fazeerul , aku jd risau . . aku tak suka nk bercinta . Tapi aku sayangkn dia . Dia ttp bukan muhrim aku . Teringat pon haram , jumpa pon haram . Tak pernah abes pk aku . .  Tak Nampak jalan . Tapi utk memikirkan jalan ni , bukanlah tugas aku . Tapi tugas dia.Tugas aku , bagi dia ruang . . tak kisah lah macam mana pun , janji dia ada dengan aku . =)