This is Aisyah Samad Zone

This is Aisyah Samad Zone

Dec 30, 2011

Kiri kanan depan belakang

Cukup banyak kes pregnancy sblum kahwin..hasilnya apa?...anak luar nikah.. and apa yg dilakukan oleh ibu,bapa,nenek dan atuk si baby?..itu yg bikin aku penasaran..
Salunya kalo ada anak gadis yg terlanjur,bapak si gadis akan mengamuk,cari si lelaki yg bertanggungjawab. Dan selalunya yg akan si lelaki terima dahulu bukanlah pelukan mesra atau ucapan tahniah melainkan kaki yg sampai ke muka beliau,atau mungkin juga penampar Tokyo yg ayah si gadis belajar dengan tok kidai.
Persoalannya… siapa kah tok kidai ?…. ok,itu bkn persoalannya..
Dan kemudian ayah si gadis akan disabarkan oleh ahli keluarga manakala si lelaki pula (kalau masih hidup setelah dibelasah tadi) akan buat muka seperti kambing yg akan disembelih pada hari raya korban. Kononnya menyesal dan bersedia menerima sebarang hukuman..
Dan akhirnya setelah semua dapat bertenang, ahli keluarga si gadis memutuskan utk memaksa si gadis berkahwin dengan jantan durjana itu bagi menutup malu. Maka akad nikah dilangsungkan dengan segera dan ala kadar sesuai dengan situasi. Maka hiduplah si gadis dengan suaminya si jantan durjana dalam kutukan keluarga. Dalam keadaan yg masih muda,dah tentulah si suami belum bersedia memikul tugas sebagai ketua keluarga. Manakala si isteri pula belum bersedia menjadi ibu. Mereka pastinya tertekan dengan situasi. itu belum kira kutukan org sekeliling yg dah mula tahu.kalau berita mereka membuat onar ini telah sampai ke pengetahuan mak cik senah,berkat kelantangan vokalnya,dijangkakan dalam masa 1 bulan,seluruh taman atau kampung akan mendapat tahu.begitulah hebatnya mak cik senah..
Ok,sekarang baby yg tidak bersalah itu telah lahir. Yang jelas,si baby tidak boleh ber bin atau ber binti kan si ayah. Kalau baby nya perempuan,waktu dia nak kahwin nanti mesti jadi masalah kn..habis tok imam tok kadi suma tahu.
eh dah smpai London la..ok,kita patah blk…
Di suatu kampung yg lain…milah,sepupu si gadis tadi juga mengalami musibah yg sama. Maka langkah yg sama juga diambil oleh bapa si milah.. iaitu memberi si lelaki makan kakinya barang sekali dua.dan memaksa milah berkahwin.
Di taman cendana, kakak ipar kepada milah,iaitu kakak kepada lelaki yg membuat onar tadi,juga mengalami nasib yg sama.
…………………………………………………………………………………………………….........
aku rasa dah boleh wat pesta berzina dan pregnant dan dikahwinkan beramai2 ni..nampak sokongan dari pihak keluarga padu. Marah si ayah sekejap ja..xpalah kena sepak terajang sikit pon..lepas tu dpt kahwin free..berbaloi2 kannn…. Then milah yg dengar cerita sepupunya dikahwinkan setelah mengandung anak luar nikah xragu2 utk mengikut jejak langkah sepupunya. Laa..nak ragu2 buat apa?..dah confirm2 bf dia nanti xkn kena apa2..paling kuat kena blasah sikit ja.kalau milah ada abg lg dasyat sikit la blasahnya. Tapi xpa.suma tu berbaloi..sbb milah dpt kahwin dengan kekasih hatinya. Kat mana lagi nk dpt peluang kahwin muda. Skolah pon xpayah pergi dah..xpyah susah2 nk kahwin lari.
boypren si milah yg juga mendengar kisah sepupu girlprennya, lagi bertambah yakin pada diri utk berbuat sesuka hati pada girlpren beliau laksana isteri sendiri bila melihat betapa mudahnya  flow..atau aliran utk pasangan yg berzina ni..mudah..simple!...xsusah pon…siap dpt kawen free..
kakak si milah punya boypren ni…kira kakak ipar milah la skang ni yer…juga tidak segan silu utk membuat onar..apa lah boypren dia kisah..kakak ipar si milah ni x da ayah.yg si adik pulak dah membuat onar juga.jadi xda sesiapa yg akan membelasah beliau.silap2 beliau boleh berjalan dengan mengangkat hidungnya bagi sama tinggi dengan kening bagi menunjukkan betapa berkeyakinannya beliau.
Gadis memang bodoh…tetapi lelaki yg jahat kerana ambil kesempatan atas kebodohan gadis. Mak dan ayah mereka juga xkurang bodohnya bila tidak memberi pengajaran kepada mereka berdua. Mungkin mereka nk selamatkan maruah anak mereka. Tetapi lihat berapa ramai yg mengikut jejak langkah si gadis. Kerana tidak ada hukuman bagi pelaku zina baik lelaki atau perempuan.dan pada tahap ini,aku rasa..yg patut dihukum sama itu adalah bapa si gadis. Yang tidak menunaikan tanggungjawab nya sebagai penjaga dan pelindung si gadis.dan juga kerana membiarkan si lelaki berkahwin dgn anaknya yg mna secara tidak langsung menggalakkan org lain utk berzina.
Anak luar nikah yg sememangnya tak berdosa semakin rmai..mereka mungkin dicerca dan merasa rendah diri.
Buat si gadis..malu itu perisai…malulah kita terhadap lelaki walaupun terhadap ayah sendiri..
Buat si lelaki..andalah bakal imam..pemimpin..pelindung kaum wanita..jalankan lah tanggungjawab anda..lindungilah kaum wanita..walau siapa pun dia..lindungi seperti ahli keluarga sndiri…
Dalam mengurangkan gejala ini..ada beberapa perkara yg aku rasa dpt membantu..
Antaranya…
1.)    Laksanakan hudud…
2.)    Hukum bapa yg mengahwinkan anak selepas berzina tanpa anaknya dikenakan hukuman.
3.)    Wujudkan pusat perlindungan utk lelaki yg berzina. (yg wanita sudah ada). Ini lebih kepada usaha utk memperbetulkan semula akhlak si lelaki dan persiapan berkeluarga sekaligus menghadapi masyarakat.
Aku tak bermaksud tidak menggalakkan pasangan berzina ini berkahwin..tetapi sebelum berkahwin, berilah mereka 1 pengajaran yg xkn mereka lupakan dan membuatkan mereka menyesali perbuatan mereka.dan lagi pengajaran itu menjadi bukti betapa beratnya zina dalam agama kita..tidak boleh kita pandang ringan. Secara tidak langsung, pengajaran itu akan mengingatkan yg lain2 supaya menjauhi zina.. dan lagi aku tidak sanggup melihat ramainya remaja yg terjebak dengan gejala ini yg sekaligus menutup peluang mereka utk bergelar ilmuwan,,belajar setinggi yg boleh..bekerjaya hebat dan cukup persiapan menjadi isteri sebelum berkahwin.  Adakah perkahwinan kini dianggap remeh? Aku tidak pasti..yg aku pasti..tidak bagi aku… 

No comments:

Post a Comment