This is Aisyah Samad Zone

This is Aisyah Samad Zone

Dec 30, 2011

Politik

Ini yg aku dgr hari2..dlm tv..internet..radio pon skang dah pndai ketengahkan isu2 berkaitan politik..aku ni…baru 22 tahun..mentah..apa pon xtaw psl politik..politik kampus aku taw la.. camna pon aku ttp xleh lari dr politik..sbb politik tu masyarakat.masyarakat tu politik.jadi kalau org kata politik Malaysia kotor,maka masyarakat Malaysia itu kotor. Itu yang aku dengar dari seorang pakcik driver bas yang bercakap lg laju dari memandu bas..dan aku setuju.
Aku mengundi pon xpernah.mungkin tahun ni la start..n buat masa ni atas pagar. Sungguh xbijak ku rasakan begini. Langsung xberpendirian aku rasa.org yg masih atas pagar pada hari mengundi adalah sangat x menyumbang apa2 pada Negara. Boleh dipanggil useless.jadi pastikan pada hari anda sepatutnya mengundi,anda telah putuskan yg mna pilihan hati. Jangan biarkan hidup anda diselebungi…MISTERI….kih3…
Pertama aku nk ckp tentang cara politician sebarkan idealogi mereka..tudiaa..baru nk pertama..maap mukadimah terlalu sarat. Ok, sambung blk… dari kecik kita dididik..bercakap mesti sopan santun,hormat orang tua..in fact “budi bahasa budaya kita”..jangan suka bercakaran..jangan perli memerli. Jangan menjaja keburukan org lain.. dan banyak lg nilai2 murni yg aku blajar dlm subjek sivik dlu. Semua nilai2 murni tu perlu diaplikasi pada setiap saat,xkira di mana saja anda berada.. Tetapi satu benda yang aku pelajari hari ini..dalam berpolitik... semua nilai2 murni tadi dikecualikan .xperlu diaplikasi. Seriously,aku xpnah dgr cikgu beritahu begitu.. tetapi begitu lah hakikatnya kini. Untuk amek perkara ni secara positif..aku anggap mungkin sebab musabab nilai2 murni ni xperlu diaplikasi dlm politik ada..tapi xdapat diterangkan secara terperinci sbb subjek politik xda kt skolah dlu.heheee…
Walaubagaimanapun… apa sebab skalipun..aku rasa matlamat xboleh menghalalkan cara..politician la sepatutnya jadi ikon..bkn artis2 masakini. Opkoz mereka pon blh jadi ikon..tapi itu bkn kewajipan mereka.yang dah jatuh wajib ni org2 yg mentadbir Negara.atau melobi diri utk mentadbir Negara.come on…anda ingin memimpin kami..tetapi anda hidangkan kami dengan bahasa yang kesat,kasar…frankly speaking,kami xperlu org2 macam anda..
Bila parti A berhujah, parti B mesti akan dimaki..xmaki kena perli…tggu jaa..tgk,dgr sampai habis..mesti ada..macam 1 kewajipan. Utk kukuhkan kepercayaan pengikut, atleast maki dlm 2 3 ayat pon jadi laa..kutuk cket pon blh dah..buruk2kan parti lawan cket,cari salah…haaa…apa kejadahnya suma tu?..ooopsss! yg ni pon aku blaja drpd politik jgak..hee…
Seriously…aku xrasa suma tu perlu..utk bangkitkan semangat…banyak cara lain lg..drpd menjerit2..melaung2..mna attitude kita sbg org melayu?...mana adab sopan kita?..nak juga ikot cara luar…bagi aku cara halus tu paling mujarab..kaedah serapan..dia mcm span..jeritan tu kalo smpai kat dinding dia memantul..tp kalau ayat yg lembut..dia meresap insy Allah..
Ok,itu yang pertama…
Yang kedua…
Pendirian..
Anda sungguh yakin dengan parti C..kepercayaan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi. Bagai mana anda bleh dapat keyakinan itu?..dari idealogi yg mereka sebarkan?..dari pembacaan anda?..dari cerita dan kisah benar yg disampaikan oleh rakan2 anda?..kita rasa cukup tahu dengan ilmu yang cetek dan sedikit kita dgr ini..malah yg belum tentu betul..kita percaya si Peah mati dibunuh si Jenab. Padahal kita xpenah tgk dpn mata si Jenab membunuh. Xpernah jmpa bukti si Jenab membunuh.semua nya daripada apa yg kita dgr,kita baca..lagi skali saya tekankan di sini,bukan lah bermaksud,segala tuduhan yg ingin dibuat perlu kita saksikan dengan mata sendiri. Baru blh di sah benar..tak ada penjenayah yg tak bijak mahu mempertontonkan kerja jhat beliau. Tetapi, apa saja rumours yg kita dgr,simpan kejap2 di dada..jgn sesekali pun yakin ,itu adalah benar dan jgn bwk masuk dlm hati..kerana kalau kisah itu xbtul,kita sampaikan pula pd org lain,maka jadilah fitnah..kalau betul pula,maka jadilah umpatan,kalau kita percaya pula,maka berdosalah kita selagi yang difitnah xredha..
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Aplikasi nilai murni di mana sahaja termasuk politik…
Jgnlah pernah merasakan anda paling tahu, kerana ada yang lebih tahu…

Masih lagi pndapat..dan sekadar pendapat gadis mentah berusia 22 tahun..andai benar demokrasi itu wujud bagai dikata, maka sy sedang mengamalkannya… salam…=)

No comments:

Post a Comment